PeMbUkA


?????///////

No posts.
No posts.

CeLoteH

Niat aku membuat artikel di bawah ini adalah untuk mengajar,tetapi sebagai panduan untuk kita semua sebagai hamba ALLAH. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua. Andainya aku sudah tiada lagi hanya ini sahaja yang mampu ku tinggalkan untuk kalian, semoga segala usahaku yang sedikit ini akan di pandang oleh Allah s.w.t di akhirat kelak........... Di dunia ini bukan tempat lalai leka, sebagai umat islam ikutilah hukum hakam yang di tetapkan oleh Allah s.w.t dan ikutilah contoh Nabi kita Muhammad s.a.w, biarlah ku tanam budi luhur murni, di akhirat tempat abadi..........

rENuNgAn

pEdOmAn HiDuP


SaMa2 KiTa ReNuNgKaN


LaGu AkU


GaMbAr BeRgErAk

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

akak&adik aku

akak&adik aku

My LovE SiS&bRoThEr

nie akak dan adi aku,aku ada 3 adik beradik jew,aku anak nombor 2,anak first akak aku,name nyer Nur Fatihah Binti Othman,adik aku plak anak last,die nie manja ckit,maklum lah anak last,name nyer Muhammad Zunnurain Bin Othman,aku krang ngam ckit ngan akak aku,aku ngam ngan adik aku jew,kekadang ada gak la sekali sekala aku bergaduh ngan akak dan adik aku,besey la 2 lumrah adik beradik.......... :-)

kawan aku

kawan aku

LasT dAy aT SkuL

nie sume kawan mse skul kat SMA Telok Kemang,kawan karib aku,snang cter sahabat aku,die pling kecik skali,duk kat dpan yang pkai kopiah putih,die sorang jew sahabat yang pernah aku jumpa selama aku idup,susah senang aku ngan die,kalo sahabat,aku letak kan nyawa aku di hadapan,coz bkan senang nak crik sahabat zaman sekarang nie,jd hargailah selagi die msih ada...... :-)

?><............

!@#$%&..........


DoSa-DoSa BeSar

70 Dosa-Dosa Besar
1. Syirik Kepada Allah s.w.t2. Membunuh Manusia3. Sihir4. Tinggal Sembahyang (yang ni selalu di lakukan manusia)5. Tidak Mengeluarkan Zakat6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)9. Memutuskan Silatulraham10.Berzina (individu tertentu)11.Homosex12.Memakan Riba13.Memakan Harta Anak Yatim14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul15.Lari dari Medan Perang16.Sombong (yang selalu di lakukan)17.Saksi Palsu18.Meminum Arak(individu tertentu)19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam20.Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)21.Menuduh orang baik melakukan Zina22.Menipu harta rampasan Perang23.Mencuri24.Merompak25.Sumpah Palsu (HOT)26.Berlaku Zalim27.Pemungut cukai yang Zalim28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)29.Bunuh Diri30.Berbohong (yang selalu di lakukan)31.Hakim yang Tidak adil (HOT)32.Rasuah (HOT)33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)34.Tidak Cemburu35.Cina Buta36.Tidak Suci Hadas kecil37.RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)38.Ulamak Dunia (jahat)39.Khianat (yang selalu di lakukan)40.Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)41.Mangingkari Takdir42.Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)43.Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)45.Mengingkari Janji (individu tertentu)46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)48.Gambar pada Baju (hari-hari)49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala50.Menggangu Orang lain (hari-hari)51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah52.Menggangu Tetangga53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik55.Melabuhkan Pakaian56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas57.Hamba Lari dari Tuan58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T59.Menjadi Pak Sanggup (HOT)60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)61.Enggan Memberi Kelebihan Air62.Mengurangkan Timbangan63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat (sentengah individu jgn lebih 3 kali dah laa….idea dan fatwa bodoh)67.Menguragi Wasiat68.Menipu (Hari-hari)69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain70.Mencela Nabi dan Sahabat

TaNgGuNgJaWaB AnAk KePada orAnG TuAnYa

'SYURGA itu di bawah tapak kaki ibu.’ Begitulah tingginya martabat ibu dan dalamnya makna kata-kata berkenaan yang sangat sinonim serta mudah difahami setiap orang, terutama anak.Banyak lagi kata mengenai martabat seorang ibu antaranya, ‘cinta ibu tidak pernah lapuk’, ‘cinta ibu adalah yang paling baik daripada segalanya’ dan ‘di sisi ibu adalah tempat yang paling ahlan.’ Semuanya membuktikan kemurnian cinta ibu.Anak perlu sentiasa mengingati pengorbanan ibu. Mereka boleh memohon maaf kepada ibu yang masih ada serta memberikan hadiah bersesuaian kepada ibu yang mereka kasihi dan sayangi.Justeru, wanita diamanahkan Allah s.w.t sebagai ibu yang hamil dan melahirkan anak iaitu tanggungjawab paling asas dan penting.
Persediaan untuk menjadi ibu mesti difahami sepenuhnya oleh anak betapa besarnya jasa dan pengorbanan ibu.
Memang patutlah Allah menyuruh kita taat kepada ibu tiga kali lebih daripada bapa disebabkan jasa ibu lebih banyak.Walaupun bapa juga banyak berkorban untuk membesarkan anak, tetapi pengorbanan ibu hingga menggadai nyawanya.Antara firman Allah bermaksud: “Dan Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga menyusukannya); dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikan) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Al-Luqman: 14)Daripada firman itu, Allah memperincikan beberapa perkara yang wajib disedari iaitu anak diwajibkan berbuat baik kepada ibu bapa, terutama kepada ibu.Ibu juga menanggung kelemahan demi kelemahan ketika mengandung hingga anak bercerai susu. Manusia juga wajib bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada ibu bapa.Faktor yang penting dalam berbuat baik kepada ibu bapa ialah anak jangan sesekali menyakiti hati mereka. Ingatlah kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: “Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasai)Anak perlu melaksanakan kewajipan dan tanggungjawabnya kepada ibu bapa dengan menjaga dan melayani mereka yang tua dan uzur.Gunakanlah bahasa yang lemah lembut dan bersopan dengan mereka.Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa boleh dilakukan dengan berbuat baik kepada mereka dengan berbakti dan berkhidmat kepada kedua-duanya sewaktu mereka masih hidup iaitu ketika sihat atau sakit atau sesudah meninggal dunia.Firman Allah maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” (An-Nisa:36)Seseorang anak tidak hanya dituntut melayani dan menghormati ibu bapa sekadar berbudi bahasa, malah digalakkan memberi sumbangan kewangan bagi meringankan beban kehidupan mereka.Inilah hadiah yang paling bermakna daripada seseorang anak yang dilakukan sepanjang masa.Anak juga digalakkan berdoa dan memohon keampunan terhadap dosa ibu bapa ketika waktu hidup atau setelah meninggal dunia.Selain itu, mereka dituntut menunaikan amanah dan melaksanakan wasiat serta segala hutang piutang sewaktu masih hidup sama ada berkaitan dengan ibadat fardu ain seperti ibadat puasa, haji dan zakat.Digalakkan juga mengerat dan menghubungkan silaturahim dengan sahabat dan teman baik ibu bapa ketika hidup atau selepas mereka meninggal dunia.Seorang anak hendaklah sentiasa berhati-hati dan waspada ketika berkata-kata dan perbuatan supaya jangan sampai menyakiti hati ibu bapa, terutama sekali ibu.Ketika memelihara ibu atau bapa yang tua dan uzur, seseorang anak hendaklah bersikap sabar dan tabah.Memang tidak dapat dielakkan pelbagai perangai dan ragam mereka yang tidak menyenangkan, termasuk pemarah, meminta layanan baik dan menyucikan najisnya.Semuanya ini adalah ujian dan dugaan yang menuntut kesabaran dan balasannya adalah syurga.Dalam hubungan ini, Rasulullah pernah bersabda bermaksud: “Tidaklah seseorang anak itu membalas jasa ibu bapanya sehingga apabila mendapati ibu bapanya itu menjadi hamba orang, maka dibelinya dan dimerdekakanya.” (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

FaDHiLaT SoLaT

FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT) - HADITH 3

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu ‘Uthman RA katanya, “Saya bersama Hazrat Salman RA di bawah sepohon pokok. Beliau memegang sebatang dahan kering dari pokok tersebut, lalu menggoncang-goncangkan dahan tersebut sehingga daun-daun pada dahan dahan itu gugur.

Kemudian beliau berkata kepada saya, ” Wahai Abu ‘Uthman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini?” Saya bertanya, “Beritahulah mengapa kamu berbuat begitu?” Beliau menjawab, “Beginilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di hadapan saya semasa saya bersama-sama Baginda SAW di bawah sepohon pokok.

Baginda SAW telah mengambil sebatang dahan kering dari sepohon pokok lalu melakukan sebegini sehingga semua daun gugur. Kemudian Baginda SAW bertanya kepada saya, “Salman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya buat begini?” Sahutku, “Beritahulah mengapa tuan berbuat begini?”

Baginda SAW bersabda, “Sesungguhnya apabila seorang Islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia menunaikan solah lima waktu maka gugurlah dosanya seperti gugurnya daun-daun ini.” Kemudian Baginda SAW membaca ayat yang berikut:

“Dan dirikanlah solah pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu (terutamanya solah) akan menghapuskan dosa. Perintah-perintah ALLAH TAALA yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan.” (Hud : 114)

(Hadith riwayat Imam Ahmad, Nasai dan Tabarani.)

FaDHiLaT PuAsA

Seterusnya dibincangkan fadilat dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa :

  • Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.
  • Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.
  • Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.
  • Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”.
  • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Usman bin Abi al-As, puasa merupakan perisai daripada azab Allah.
  • Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’id Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
  • Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.
  • Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.
  • Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam”.
  • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”.
  • Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya”.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka. Justeru marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal.

Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.

FaDHiLaT ZiKiR

Kelebihan Zikir

Abu Hurairah r.a. memberitahu bahawa Rasulallah s.a.w pernah bersabda, Allah s.w.t. berfirman:

"Sesungguhnya aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hamba ku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku. Jika dia mengingati Aku dalam hatinya, maka Aku mengingati dia di dalam hati Aku, dan jika dia mengingati aku dalam jamaah maka aku mengingati dia dalam jamaah yang lebih baik (iaitu dalam jamaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa). "

"Apabila hamba Ku mendekati Ku sejengkal, maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekat aku sehasta, maka aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang kepada ku berjalan, maka aku dekati dia dengan berlari."

FaDHiLaT SeDeKaH

Puasa pada bulan Ramadan yang merupakan rukun Islam kelima mula diwajibkan pada Tahun Hijrah ke-2, dengan turunnya surah al-Baqarah ayat 183-184 bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu…
read more
Firman-Nya yang sama dalam ayat 185 bermaksud: Oleh itu, sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu…

lAmalan yang sangat dituntut pada Ramadan ialah bersedekah. Hal ini dijelaskan Abu Hurairah: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. Ya Rasulullah, tolong terangkan kepada saya, sesuatu amal yang apabila saya melakukannya, akan menyebabkan saya masuk syurga. Baginda menerangkan, berilah makan (fakir miskin dan anak yatim), amalkan selalu memberi salam, eratkan silaturahim dengan membantu kaum kerabat dan kerjakan sembahyang tahajud pada waktu malam ketika orang ramai tidur, nescaya engkau akan masuk syurga dengan aman sentosa.” (riwayat Imam Ahmad)

lDi dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (riwayat Ibnu Majah)

l Terselamat daripada bala bencana. Anas bin Malik menjelaskan katanya: Rasulullah SAW bersabda: Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana tidak dapat melangkahi sedekah.” (riwayat Baihaqi)

lSeseorang itu akan dipanjangkan umur dan dicegah baginya kematian yang buruk. Amru bin Auf menceritakan: “Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu akan memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan buruk.” (riwayat Tabrani)

l Dosa seseorang itu dihapuskan Allah. Hal ini dijelaskan oleh Jabir bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sembahyang itu dapat mendampingkan diri dengan rahmat Allah dan membawa keredaan-Nya, dan puasa menjadi perisai kejahatan, manakala sedekah pula menghapuskan dosa seperti air memadam api.” (riwayat Abu Ya’la)

InsyaAllah.. jom kiter sedekah.. ehehe